Kitab Al-Ṣiyām (Suālun wa Jawābun)
Karangan asal oleh Dr. Rasheed Saad al-Alimi
Murajaah bersama Sheikh al-Muhaddis Badrun Abdullah al-Badr
Diterjemahkan oleh Abu Muhammad Khairil Izuan al-Kangsari
Perbahasan Ketiga:
{PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN SYA`BAN}
32 - Bagaimanakah hubungan interaksi pada hari terakhir Sya'ban dengan kelihatannya anak bulan?
Jika pada hari ke-30 bulan Sya'ban, tidak kelihatan anak bulan kerana berawan atau berdebu: itulah yang dinamakan sebagai hari syak.
Jika pada hari ke-30 bulan Sya'ban, tidak kelihatan anak bulan kerana berawan atau berdebu: itulah yang dinamakan sebagai hari syak.
Namun, apabila langit dalam keadaan cerah tetapi masih tidak kelihatan anak bulan, maka itu bukanlah dinamakan hari syak, bahkan ia masih dalam bulan Sya'ban dan hukumnya tetap tidak boleh berpuasa. Ini berdasarkan hadis Rasulullah saw:
لا تقدموا رمضان بصوم يوم ولا يومين
"Jangan kamu dahului bulan ramadhan dengan puasa sehari atau dua hari, kecuali seseorang yang telah terbiasa berpuasa pada hari tersebut"
"Jangan kamu dahului bulan ramadhan dengan puasa sehari atau dua hari, kecuali seseorang yang telah terbiasa berpuasa pada hari tersebut"
33 - Adakah sahih malam Nisfu sya'ban itu daripada hadis?
Ya, berdasarkan riwayat Abu Musa al-Asya'ari r.a, beliau telah berkata: Telah bersabda Rasulullah saw:
Ya, berdasarkan riwayat Abu Musa al-Asya'ari r.a, beliau telah berkata: Telah bersabda Rasulullah saw:
إن الله ليطلع في ليلة النصف من الشعبان، فيغفر لجميع خلقه، الا لمشرك او مشاحن
"Sesungguhnya Allah swt pasti turun pada malam separuh dari bulan Sya'ban, kemudian diampunkan seluruh makhluknya kecuali orang yang syirik atau tukang tilik"
-Riwayat Ibnu Majah
34 - Di negara Kuwait terdapat satu adat di kalangan masyarakatnya yang dikenali sebagai القريش, apakah pandangan mengenainya?
Ia merupakan adat lama yang mengumpulkan para wanita untuk mengisar gandum bagi menghadapi bulan ramadhan. Perkara ini telah menyebabkan mereka tidak menyibukkan diri untuk beribadah pada bulan ramadhan. Pada zaman sekarang tiada lagi keperluan untuk perkara ini dan tidak ada sebab untuk menghidupkannya semula. Dengan demikian, meninggalkannya adalah lebih utama.
35 - Sesiapa yang mempunyai (hutang) puasa terdahulu, adakah dia perlu menunaikannya pada bulan Sya' ban ini?
Ya, wajib ke atasnya bersegera untuk menunaikan hutang puasanya, itu sepatutnya diselesaikan pada bulan Sya'ban ini sebelum kedatangan ramadhan.
Ya, wajib ke atasnya bersegera untuk menunaikan hutang puasanya, itu sepatutnya diselesaikan pada bulan Sya'ban ini sebelum kedatangan ramadhan.
36 - Adakah (menunaikan hutang puasa) ini merangkumi wanita yang tidak berpuasa pada bulan ramadhan yang lalu disebabkan oleh haid dan nifas?
Ya, wajiblah dia menunaikan hutang puasanya tersebut.
Ya, wajiblah dia menunaikan hutang puasanya tersebut.
37 - Sebahagian orang suka melakukan maksiat sebelum kedatangan ramadhan, dengan hujah bahawa orang yang berpuasa akan diampunkan dosanya...apakah hukum perlakuan mereka tersebut?
Ini merupakan perkara buruk, berfikirlah dahulu sebelum melakukannya. Bahkan siapakah yang memberi kebenaran kepada mereka untuk melakukan maksiat tersebut, bilakah ia menjadi sunnah? Di samping itu, dimanakah jaminan bahawa sesiapa yang berpuasa pada bulan ramadhan, pasti kedatangannya ada keampunan dan diterima (permohonan ampun tersebut)?

38 - Apakah hukum Solat Raghaib?
Solat Raghaib itu dilakukan sebanyak 12 rakaat diantara maghrib dan isyak pada malam jumaat bulan Rejab atau pada malam Nisfu Sya'ban. Semua yang demikian itu tidak sahih perbuatannya dari Nabi saw. Sebahagian ulama' mengatakan bahawa kedua-dua amalan tersebut adalah bid'ah munkarah.

bersambung

No comments:
Post a Comment