Kitab Al-Ṣiyām (Suālun wa Jawābun)
Karangan asal oleh Dr. Rasheed Saad al-Alimi
Murajaah bersama Sheikh al-Muhaddis Badrun Abdullah al-Badr
Murajaah bersama Sheikh al-Muhaddis Badrun Abdullah al-Badr
Diterjemahkan oleh Abu Muhammad Khairil Izuan al-Kangsari
Perbahasan Keempat
{ANTARA KELEBIHAN BERPUASA DAN KELEBIHAN BULAN RAMADHAN}
40 - Secara ringkasnya, apakah kelebihan bulan Ramadhan?
1/ Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:
1/ Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:
مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذنبه ،من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه
"Barangsiapa yang berdiri (menunaikan solat) pada malam Lailatul Qadar dengan (penuh) keimanan dan pengharapan (pahala), maka dia akan diampuni dosa-dosa yang telah lalu. Barangsiapa yang berpuasa (di Bulan) Ramadhan (dalam keadaan) keimanan dan mengharapkan (pahala), maka dia akan diampuni dosa-dosa yang telah lalu"
-Riwayat Muslim
-Riwayat Muslim
2/ Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:
إذا كانت أول ليلة من شهر رمضان صفدت الشياطين ومردة الجن وغلقت أبواب النار فلم يفتح منها باب وفتحت أبواب الجنة فلم يغلق منها باب. وينادي مناد: يا باغي الخير أقبل، ويا باغي الشر أقصر. ولله عتقاء من النار وذلك في كل ليلة
"Jika telah datang malam pertama dari bulan Ramadhan, dibelenggulah para syaitan dan jin-jin pembangkang, ditutuplah pintu-pintu Neraka dan tidak ada dari pintunya yang terbuka, dan dibukalah pintu-pintu Syurga, dan tiada dari pintunya yang tertutup. Dan ada penyeru yang berseru: ”Wahai para pencari kebaikan, majulah! Wahai para pencari kehinaan, kurangilah!” dan Allah mempunyai hak melepaskan (seksaan) orang-orang yang dalam Neraka. Dan perkara itu terjadi setiap malam.”
- Riwayat Ibnu Majah
- Riwayat Ibnu Majah
3/ Daripada Abu Hurairah r.a:
أن النبي صلى الله عليه وسلم رقى المنبر فقال : آمين ، آمين ، آمين قيل له : يا رسول الله ، ما كنت تصنع هذا ؟ فقال : قال لي جبريل : رغم أنف عبد أدرك أبويه أو أحدهما لم يدخله الجنة ، قلت : آمين ، ثم قال : رغم أنف عبد دخل عليه رمضان لم يغفر له ، فقلت : آمين ، ثم قال : رغم أنف امرئ ذكرت عنده فلم يصل عليك ، فقلت : آمين
Bahawa Rasulullah saw menaiki mimbar. Lalu baginda bersabda: "Amin, Amin, Amin". Kami pun bertanya: "Ya Rasulullah, apakah yang sedang engkau lakukan itu?". Lalu baginda menjawab: “Sesungguhnya Jibrail telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya. Kemudian berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya"
-Riwayat Tirmidhi
bersambung

No comments:
Post a Comment