"Bandingan kelebihan orang alim ke atas orang yang abid umpama bandingan kelebihan bintang purnama dimalam hari ke atas seluruh bintang di langit" (Hadis Hassan riwayat Abu Daud)


Saturday, 4 June 2016

PUASA : Persoalan & Jawapan (Siri 6)

 Kitab Al-Ṣiyām (Suālun wa Jawābun)
 
Karangan asal oleh Dr. Rasheed Saad al-Alimi
Murajaah bersama Sheikh al-Muhaddis Badrun Abdullah al-Badr
Diterjemahkan oleh Abu Muhammad Khairil Izuan al-Kangsari
 
Perbahasan Ketiga:
 
{PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN SYA`BAN}
 
26 - Apakah sebab pada larangan melaksanakan ibadah puasa pada hari syak?
Ada pendapat yang mengatakan, supaya tidak menambah pada puasa ramadhan itu sesuatu yang tidak ada padanya. Juga supaya dipastikan pemisah diantara kefarduan (puasa ramadhan) dan sunat (puasa sya'ban) sebagaimana dipisahkan solat fardu dengan solat sunat selepasnya samada dipisahkan dengan kata-kata ataupun pergerakan.
 
27 - Adakah larangan puasa pada hari yang terakhir (iaitu di hari syak) merangkumi puasa kerana menunaikan (puasa) nazar atau (puasa) kaffarah?
Tidak mengapa berpuasa pada hari syak disebabkan oleh (puasa) nazar atau (puasa) kaffarah (kerana puasa ini hukumnya wajib), sesungguhnya larangan tersebut adalah pada puasa dengan niat mutlak (iaitu puasa sunat).
 
28 - Sesiapa yang telah melazimi berpuasa pada hari khamis, bertepatan dengan khamis pada hari syak.. adakah boleh dia berpuasa?
Ya, dia boleh berpuasa, berdasarkan rukhsah (kelonggaran) Nabi saw terhadapnya pada perkara tersebut sebagaimana sabdanya:
لا يتقدمن احدكم بصوم يوم أو يومين، الا أن يكون رجل كان يصوم صومه، فليصم ذلك اليوم
"Jangan diantara kamu mendahului dengan berpuasa sehari atau dua hari, kecuali seseorang yang telah terbiasa berpuasa pada hari itu, maka berpuasalah pada hari tersebut"
-Muttafaqun 'Alaih
 
29 - Adakah boleh berpuasa pada hari yang terakhir (iaitu hari syak) sebagai langkah berhati-hati (dalam perhitungan puasa ramadhan sehingga dia berpuasa terlebih dahulu)?
Ketahuilah bahawa puasa ramadhan itu tidak akan berlaku kecuali telah penuhnya 30 hari (bulan Sya'ban) atau dengan kelihatannya anak bulan ramadhan. Maka selain dari ini, dikira pelaku tersebut melampaui undang-undang Allah.
 
30 - Adakah puasa pada hari syak sebagai langkah berhati-hati (dalam perhitungan puasa ramadhan sehingga dia berpuasa terlebih dahulu) itu bertentangan dengan pemerintah?
Ya, yang pertamanya ia bertentangan dengan petunjuk Nabi saw, ingatlah bahawa kita berada di negara Islam, maka apabila sesuatu itu telah ditetapkan oleh pemerintah, atau yang seumpama dengannya seperti badan kehakiman, maka apabila masuknya bulan (ramadhan) sebagai orang Islam maka wajiblah kita akur dengan berpuasa.
 
31 - Bagaimana kita hendak merealisasikan konsep ihtiyat (berhati-hati) dalam ibadah?
Sesungguhnya Ihtiyat (berhati-hati) itu dituntut apabila berlakunya ihtimal (andaian) dalam perselisihan pendapat (di kalangan ulama'). Adapun melaksanakan konsep berhati-hati dalam melakukan perkara-perkara yang (jelas) dilarang, atau meninggalkan perkara yang (jelas) diperintahkan, maka hati-hati jenis ini perlulah ditinggalkan.
 
bersambung

No comments:

Post a Comment