Kitab Al-Ṣiyām (Suālun wa Jawābun)
Karangan asal oleh Dr. Rasheed Saad al-Alimi
Murajaah bersama Sheikh al-Muhaddis Badrun Abdullah al-Badr
Diterjemahkan oleh Abu Muhammad Khairil Izuan al-Kangsari

Perbahasan Kedua:
{AKHLAK ORANG YANG BERPUASA}
11- Apa matlamat pensyariatan puasa?
Matlamat yang menjadi sebab pensyariatan puasa adalah bagi mencapai darjat taqwa setelah orang yang berpuasa menunaikan hak (tuntutan) puasa. Sesungguhnya Allah swt telah menyebutkannya dalam firmannya:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِب
عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana diwajibkan kepada orang-orang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa” al-Baqarah:183
12 – Apakah yang dimaksudkan dengan taqwa?
Taqwa adalah menuruti perintah-perintah Allah swt dan menjauhi larangan-larangan Allah swt. Itulah matlamat puasa kerana padanya wujudnya tarbiah diri, didikan akhlak dan membetulkan tingkah laku. Orang yang bertaqwa itu tidak akan meninggalkan bulan ramadhan kecuali dalam keadaan mendapat kesan yang besar yang terzahir pada dirinya, akhlaknya dan tingkah lakunya.

13 – Adakah Nabi saw mengisyaratkan pelaksanaan taqwa dalam ibadah puasa?
Ya,
Ya,
من لم يدع قول الزور والعمل به فليس لله حاجة في أن يدع طعامه وشرابه
"Barangsiapa yang tidak meninggalkan ucapan dusta dan berbuat dusta, maka Allah tidak peduli ia meninggalkan makan dan minumnya.” HR. Bukhari
14 – Apakah faedah yang boleh diperolehi dari firman Allah swt: يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ “Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana diwajibkan kepada orang-orang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa”?
Pertama: Menerangkan kepentingan berpuasa, sehingga difardukan juga oleh Allah swt kepada umat yang terdahulu. Ini menunjukkan kasih sayang Allah swt pada mereka dan ibadah puasa itu adalah perlu bagi setiap umat.
Kedua: Keringanan kepada umat ini sehinggakan mereka tidak hanya dibebankan dengan berpuasa semata-mata. Ini kerana, kadang-kadang terdapat kesukaran yang berlaku pada diri dan tubuh badan mereka.
Ketiga: Satu isyarat bahawa Allah swt telah menyempurnakan agama umat ini dengan menyempurnakan kelebihan-kelebihan yang melebihi umat-umat lain.

No comments:
Post a Comment