"Bandingan kelebihan orang alim ke atas orang yang abid umpama bandingan kelebihan bintang purnama dimalam hari ke atas seluruh bintang di langit" (Hadis Hassan riwayat Abu Daud)


Friday, 3 June 2016

PUASA : Persoalan & Jawapan (Siri 2)

  Kitab Al-Ṣiyām (Suālun wa Jawābun)
 
Karangan asal oleh Dr. Rasheed Saad al-Alimi
Murajaah bersama Sheikh al-Muhaddis Badrun Abdullah al-Badr
Diterjemahkan oleh Abu Muhammad Khairil Izuan al-Kangsari
 
Perbahasan Pertama:
 
{MAKLUMAT UMUM MENGENAI PUASA}
 
6 – Bilakah difardukan puasa ramadhan ke atas orang Islam?
Pada tahun kedua hijrah.
 
7 – Berapa kali ramadhan Nabi Muhammad saw telah berpuasa?
Nabi Muhammad saw telah berpuasa sebanyak sembilan kali ramadhan.
 
8 – Apa maksud كُتِبَ (diwajibkan) di dalam firman Allah swt : يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ “Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa” ?
Maknanya ialah kewajipan yang disyariatkan yang berupa satu perintah dari segi syara` dengan perkara yang disukai Allah.
 
9 – Mengapa Allah menyebut dalam hal puasa dengan perkataan أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ "hari-hari yang telah ditentukan", dan dalam hal haji dengan perkataan ُّ أَشْهُرٌ مَعْلُومَاتٌ "beberapa bulan yang dimaklumi?"
Kerana bulan-bulan haji waktunya telah dimaklumi semenjak Nabi Allah Ibrahim a.s dan diwarisi kepada umat manusia selepas itu, adapun (puasa) bulan ramadhan adalah baru disyariatkan kepada manusia.
 
10 – Adakah boleh menggabungkan niat, iaitu puasa bagi tujuan ibadah dan diet?
Apabila seseorang dinasihatkan oleh doktor supaya melakukan diet atau mengawal pemakanan, lantas dia berniat dan menahan pemakanan dari terbit fajar hingga tenggelam matahari, maka ia diberi ganjaran pada amalan tersebut dan puasanya itu dinilai dari segi syara`. Ini kerana, dia telah berniat dan berpuasa dalam tempoh yang sempurna disamping tidak melakukan diet semata-mata tanpa puasa bagi tujuan mendekatkan diri kepada Allah swt, bahkan dia tetap memberi perhatian terhadap ibadah puasa tersebut dalam hatinya. Dan orang tersebut masih dikira berpuasa dan tidak terdorong puasanya melainkan mengharapkan ganjaran pahala yang besar di sisi Allah swt. Situasi ini adalah bagi orang yang menggabungkan puasanya yang berbentuk ibadah dengan perkara yang diharuskan.

bersambung

No comments:

Post a Comment