"Bandingan kelebihan orang alim ke atas orang yang abid umpama bandingan kelebihan bintang purnama dimalam hari ke atas seluruh bintang di langit" (Hadis Hassan riwayat Abu Daud)


Friday, 3 June 2016

PUASA : Persoalan & Jawapan (Siri 1)


Kitab Al-Ṣiyām (Suālun wa Jawābun)
Karangan asal oleh Dr. Rasheed Saad al-Alimi
Murajaah bersama Sheikh al-Muhaddis Badrun Abdullah al-Badr
Diterjemahkan oleh Abu Muhammad Khairil Izuan al-Kangsari
 
Perbahasan Pertama:
 
{MAKLUMAT UMUM MENGENAI PUASA}
 
1-Adakah puasa disyariatkan bagi umat-umat terdahulu?
Ya, dalilnya adalah berdasarkan firman Allah swt:    
                            يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana diwajibkan kepada orang-orang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa” (al-Baqarah:183)

2-Dikatakan bahawa berpuasa ramadhan tidak diwajibkan kepada manusia (ketika itu)?
Ya, pada mulanya diwajibkan berpuasa Asyura, kemudian barulah diwajibkan puasa ramadhan.

3 - Bagaimana bermulanya perintah puasa ramadhan?
Ketika mana Allah turunkan ayat:              
  يَا أَيُّهَا الَّذِين آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِين مِنْ قَبْلِكُم
“ Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana diwajibkan kepada orang-orang sebelum kamu” sehinggalah ayat
 وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ
“ dan kepada siapa yang berkemampuan, maka bagilah fidyah kepada orang miskin”. Ketika itu, sesiapa yang mahu berpuasa, maka berpuasalah dan sesiapa yang mahu memberi makan pada orang miskin, maka berilah makan, mereka diberi ganjaran pahala atas kedua-kedua amalan tersebut.
 Kemudian datanglah pula firman Allah swt: 
 شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآن
“Bulan Ramadhan adalah bulan yang diturunkan  padanya al-Qur`an” hingga kepada ayat :
  فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ 
“ ….maka sesiapa dari kamu yang menyaksikan bulan tersebut, maka berpuasalah..” Setelah itu, barulah Allah menetapkan puasa tersebut kepada orang yang bermukim dan memberi keringanan padanya bagi orang yang sakit dan musafir, dan menetapkan pemberian makan bagi orang tua yang tidak mampu berpuasa. -Diriwayatkan oleh Abu Daud
 
4 – Dikatakan bahawa puasa pada permulaan pensyariatan lebih sukar, kemudian barulah diberi keringanan padanya, bagaimana?
Ya, diberikan keringanan berdasarkan banyak sebab, antaranya adalah disebabkan seorang lelaki ansor yang dikenali sebagai Sirmah, dia bekerja secara berterusan sehingga lewat petang, apabila dia tiba di rumah keluarganya maka dia terus melaksanakan solat isyak` kemudian dia tertidur dalam keadaan tidak makan dan tidak minum sehingga masuk waktu subuh. Maka dia berpuasa pada waktu subuh tersebut (ketika itu, syariat puasa bermula pada waktu malam selepas waktu isyak hingga maghrib). Rasulullah saw melihat lelaki tersebut telah berusaha bersungguh-sungguh sehingga sehabis tenaganya. Maka baginda bersabda kepadanya:
 ما لي أراك قد جهدت جهدا شديدا
“ Apa yang aku lihat, engkau telah berusaha bersungguh-sungguh sehingga sehabis tenagamu ” maka Sirmah pun berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya aku telah bekerja semalam, kemudian aku pulang, ketika aku sampai, tiba² aku tertidur sehinggalah masuk waktu subuh dan ketika itu aku masih dalam keadaan berpuasa. Maka turunlah ayat Allah swt :
 أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَىٰ نِسَائِكُم
“Dihalalkan bagi kamu pada malam puasa itu  bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu” hingga kepada ayat :
 ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْل
“ kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga ِ waktu malam (maghrib)”. –Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Baihaqi
 
5 – Daripada mana datangnya nama Ramadhan?
Dikatakan bahawa nama ramadhan pada zaman dahulu (sebelum Islam) adalah “Natiq”. Apabila orang Arab mahu menukarkannya kepada nama-nama bulan ke dalam bahasa  mereka, mereka bersetuju bahawa kehadiran bulan ini dalam keadaan panas dan membakar, maka disebutlah ramadhan. Ada juga yang berpendapat nama tersebut adalah kerana bulan ramadhan ini membakar dosa dan menghanguskannya.
 
bersambung


No comments:

Post a Comment