Firman Allah swt:
وَاعْتَصِمُواْ
بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعاً وَلاَ تَفَرَّقُواْ وَاذْكُرُواْ نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ
إِذْ كُنتُم أَعْدَآءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ
إِخْوَاناً وَكُنتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُمْ مِّنْهَا
كَذالِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْءَايَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Maksudnya:
dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali
Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat
Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu
Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat
Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang
bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan
kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu
(disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu
ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
Surah al-Imran:103
Hadis ke-3:
عَنْ زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ قَالَ:كِتَابُ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ، هُوَ حَبْلُ اللهِ[1]، مَنِ اتَّبَعَهُ
كَانَ عَلَى الْهُدَى، وَمَنْ تَرَكَهُ كَانَ عَلَى ضَلَالَةٍ
Maksudnya:Daripada Zaid Bin al-Arqam ra katanya: "Bahawa Rasulullah saw bersabda: Kitab Allah Azzawajalla ialah tali Allah, sesiapa yang menurutnya maka beradalah ia dalam petunjuk yang sebenarnya, dan sesiapa yang meninggalkannya maka beradalah ia dalam kesesatan."
Riwayat Muslim
Syawahid kepada hadis ke-3:
(iaitu hadis yang sama / sama maksud daripada riwayat sahabat yang lain)
بَابُ: مِنْ
فَضَائِلِ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ
(2408) حَدَّثَنِي
زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، وَشُجَاعُ بْنُ مَخْلَدٍ، جَمِيعًا عَنِ ابْنِ عُلَيَّةَ،
قَالَ زُهَيْرٌ: حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، حَدَّثَنِي أَبُو
حَيَّانَ، حَدَّثَنِي يَزِيدُ بْنُ حَيَّانَ، قَالَ: انْطَلَقْتُ أَنَا وَحُصَيْنُ
بْنُ سَبْرَةَ، وَعُمَرُ بْنُ مُسْلِمٍ، إِلَى زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ، فَلَمَّا
جَلَسْنَا إِلَيْهِ قَالَ لَهُ حُصَيْنٌ: لَقَدْ لَقِيتَ يَا زَيْدُ خَيْرًا
كَثِيرًا، رَأَيْتَ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَسَمِعْتَ
حَدِيثَهُ، وَغَزَوْتَ مَعَهُ، وَصَلَّيْتَ خَلْفَهُ لَقَدْ لَقِيتَ، يَا زَيْدُ
خَيْرًا كَثِيرًا، حَدِّثْنَا يَا زَيْدُ مَا سَمِعْتَ مِنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: يَا ابْنَ أَخِي وَاللهِ لَقَدْ كَبِرَتْ
سِنِّي، وَقَدُمَ عَهْدِي، وَنَسِيتُ بَعْضَ الَّذِي كُنْتُ أَعِي مِنْ رَسُولِ
اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَمَا حَدَّثْتُكُمْ فَاقْبَلُوا، وَمَا
لَا، فَلَا تُكَلِّفُونِيهِ، ثُمَّ قَالَ: قَامَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا فِينَا خَطِيبًا، بِمَاءٍ يُدْعَى خُمًّا بَيْنَ
مَكَّةَ وَالْمَدِينَةِ فَحَمِدَ اللهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ، وَوَعَظَ وَذَكَّرَ،
ثُمَّ قَالَ: " أَمَّا بَعْدُ، أَلَا أَيُّهَا النَّاسُ فَإِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ
يُوشِكُ أَنْ يَأْتِيَ رَسُولُ رَبِّي فَأُجِيبَ، وَأَنَا تَارِكٌ فِيكُمْ
ثَقَلَيْنِ: أَوَّلُهُمَا كِتَابُ اللهِ فِيهِ الْهُدَى وَالنُّورُ فَخُذُوا بِكِتَابِ اللهِ،
وَاسْتَمْسِكُوا بِهِ " فَحَثَّ عَلَى
كِتَابِ اللهِ وَرَغَّبَ فِيهِ، ثُمَّ قَالَ: «وَأَهْلُ بَيْتِي أُذَكِّرُكُمُ
اللهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي، أُذَكِّرُكُمُ اللهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي، أُذَكِّرُكُمُ
اللهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي» فَقَالَ لَهُ حُصَيْنٌ: وَمَنْ أَهْلُ بَيْتِهِ؟
يَا زَيْدُ أَلَيْسَ نِسَاؤُهُ مِنْ أَهْلِ بَيْتِهِ؟ قَالَ: نِسَاؤُهُ مِنْ
أَهْلِ بَيْتِهِ، وَلَكِنْ أَهْلُ بَيْتِهِ مَنْ حُرِمَ الصَّدَقَةَ بَعْدَهُ،
قَالَ: وَمَنْ هُمْ؟ قَالَ: هُمْ آلُ عَلِيٍّ وَآلُ عَقِيلٍ، وَآلُ جَعْفَرٍ،
وَآلُ عَبَّاسٍ قَالَ: كُلُّ هَؤُلَاءِ حُرِمَ الصَّدَقَةَ؟ قَالَ: نَعَمْ[1]
Terdapat beberapa dalil dan ayat al-Quran yang saling
berkaitan mengenai hadis yang ketiga dalam kitab mastika hadis ini. Penegasan
pada dalil-dalil yang berkaitan itu menjurus kepada isu Hablullah iaitu
“Tali Allah”.
Isu ini mencakupi aspek yang luas, namun saya ingin mengupas lima perkara penting sahaja yang bersesuaian dengan aspek semasa, setempat dan persembahan kuliah, iaitu:
a. Penjelasan perkataan I`tasimu bi hablillah Wa La Tafarraqu dari
segi bahasa dan pandangan ulama`.
b. Berpegang kepada “Tali Allah” termasuk dalam tiga perkara yang mendapat
keredaan Allah.
c. Bagaimana cara umat Islam boleh berinteraksi dengan
firman Allah swt supaya berpegang kepada “Tali Allah” dan jangan berpecah belah?
d.
Al-Quran
merupakan kitab yang lengkap sebagai panduan hidup manusia. Terdapat banyak
nasihat dan wasiat dari Allah swt kepada hambanya di dalam al-Qur`an. Salah
satu wasiatnya; Allah swt menunjukkan cara-cara kepada umat Islam untuk
menggunakan akalnya.
e.
Isu semasa
mengenai penggunaan nama Allah dalam kitab selain al-Qur`an seperti Bible dan
Taurat . Kenapa tidak wajar?
Perkara pertama: Penjelasan perkataan I`tasimu bi hablillah Wa La Tafarraqu dari
segi bahasa dan pandangan ulama`.
Dari segi bahasa, perkataan Hablullah yang bermaksud “Tali Allah” adalah merupakan perkataan Isticarah
tasrihiyah. Ini kerana penggunaan Hablullah itu merupakan musyabbah
bih bagi al-Qur`an. Manakala perkataan I`tasimu adalah bermaksud Tamassaku
iaitu “berpegang” teguh dengan agama Allah dan kitabnya. Menurut Imam al-Nawawi
perkataan I`tasimu bi hablillah bermaksud berpegang kepada janjinya,
iaitu (berjanji) mengikuti kitabnya yang mulia serta batas-batasnya, dan dididik
dengan didikannya. Manakala Imam al-Aini menjelaskan tujuan kitab al-Qur`an itu
adalah untuk dijadikan ibadah dengannya membacanya.
Kemudian disebut pula Wa La
Tafarraqu iaitu jangan berpecah belah, maksudnya di sini merujuk kepada perintah Allah swt untuk melazimi diri dengan jemaah muslimin dan menjinakkan diri bersama mereka[3]. Jangan kamu
berselisih faham dalam agama yang membawa kepada perpecahan seperti mana yang telah
berlaku kepada kaum Yahudi dan Nasrani. [2]
Bahkan umat Islam perlu sedar bahawa, sebelum kedatangan Islam, orang-orang Islam yang sebelum itu kufur kepada Allah swt saling
bermusuhan sesama sendiri, namun apabila kedatangan Islam, hati-hati mereka
saling berjinak-jinak (berukhuwwah) disebabkan agama Islam yang suci. Justeru itu, kita juga perlu bersyukur terhadap nikmat Allah swt yang
dikurniakan berupa nikmat Iman dan Islam yang telah menyatukan hati-hati kita
semua.
Perkara kedua: Berpegang
kepada “Tali Allah” termasuk dalam tiga
perkara yang mendapat keredaan Allah.
Sabda Rasulullah saw :
الله
يرضى لكم ثلاثا يكره لكم ثلاثا يرضى لكم أن تعبدوه ولا تشركوا به شيئا أن تعتصموا بحبل الله
جميعا ولا تفرقوا يكره لكم قيل وقال كثرة السؤال إضاعة المال[4]
Maksudnya:
Allah swt telah meredhai kamu melakukan tiga perkara dan membenci kamu melakukan tiga perkara iaitu meredhai kamu beribadah kepadanya, tidak menyekutukannya dengan sesuatu, dan berpegang teguh dengan tali Allah swt (al-Qur`an) serta jangan kamu berpecah belah. Kemudian membenci pula kamu bergosip, banyak bertanya dan mensia-siakan harta.
Perkara ketiga: Bagaimana
cara umat Islam boleh berinteraksi dengan firman Allah swt supaya berpegang kepada
“Tali Allah” dan jangan berpecah belah?
Umat Islam perlu sentiasa ingat bahawa kedatangan
Islam adalah untuk menyatu-padukan manusia atas dasar Tauhid dan ikatan ukhuwwah.
Selagi mana umat Islam mempunyai dasar aqidah dan tauhid yang sama, maka umat Islam
perlu berlapang dada dan menjinakkan hati-hati mereka untuk sentiasa bersaudara dan
saling berkasih sayang sesama umat Islam yang lain. Berdasarkan prinsip I`tasimu bi hablillah Wa La Tafarraqu, umat Islam perlu menjadikan ajaran Islam yang bersumberkan al-Qur`an sebagai teras persaudaraan. Di samping itu, melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti bersama umat Islam yang lain samada di kampung, di taman, di tempat kerja, di masjid dan sebagainya.
Selagi mana perbezaan pendapat yang berlaku itu, tidak terkeluar dari aqidah Ahlu Sunah wal
Jamaah, kita perlu berlapang dada dengan perselisihan tersebut. Kita perlu mengamalkan adabu ikhtilaf iaitu
menjaga adab-adab kita sebagai seorang muslim yang bersaudara sekalipun mempunyai perbezaan pendapat. Tambahan pula
perbezaan itu berlaku dalam perkara-perkara furu`. Begitulah prinsip yang ditekankan
dalam perbezaan pandangan di kalangan fuqaha` dan ulama` terdahulu. Lihatlah
bagaimana mereka saling menghormati guru-guru mereka dan orang lain yang tidak
sependapat dengan mereka dengan mengiktiraf ilmu orang lain. Oleh itu,
marilah sama-sama kita praktikkan adab ikhtilaf yang disebutkan dalam kitab
Fiqhul Islam wa Adillatuh yang menjadi prinsip dalam perbezaan mazhab-mazhab
fiqh.
Perselisihan yang berlaku pada
hari ini, sama ada dari segi agama, politik, kehidupan dan sebagainya harus
dipelihara dengan Fiqhu Muracat iaitu memahami cara meraci
orang lain. Rasulullah saw pernah menasihati kita dalam hadis baginda yang
diriwayatkan oleh cIrbad bin Sariyyah. Baginda menekankan bahawa
penyelesaian terhadap perselisihan yang berlaku dalam kehidupan umat Islam adalah
berpegang teguh dengan Sunah Rasulullah saw dan Sunah Khulafa` al-Rasyidin
al-Mahdiyyin. Sunah-sunnah ini juga merupakan pimpinan Allah swt yang didasari
dengan al-Qur`an al-karim.
Oleh sebab itulah, Allah swt
berfirman dalam Surah al-Nisa` ayat 59 agar kembali kepada kitab Allah dan
Sunah Rasulullah saw ketika berlakunya perselisihan dikalangan umat Islam.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ
تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ
وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ
بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا (59)
Maksudnya:
Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu
kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada
"Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian
jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah
kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya -
jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah
lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
Perkara keempat: Al-Quran merupakan
kitab yang lengkap sebagai panduan hidup manusia. Terdapat banyak nasihat dan
wasiat dari Allah swt kepada hambanya di dalam al-Qur`an. Salah satu wasiatnya;
Allah swt menunjukkan cara-cara kepada umat Islam untuk menggunakan akalnya.
Firman Allah swt:
وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ
بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ
عَنْهُ مَسْئُولًا (36)
Maksudnya:
dan janganlah Engkau mengikut
apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya
pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan
ditanya tentang apa Yang dilakukannya.
Dr. Yusuf al-Qardhawi menjelaskan bahawa ayat ini merupakan wasiat
yang sangat penting diberikan oleh Allah swt kepada para hambanya. Allah swt
menjelaskan cara-cara orang Islam patut menggunakan akalnya. Di samping itu,
Allah swt memberi amaran dari mengikut sesuatu perkara yang mereka tidak ada
pengetahuan tentangnya. Terdapat dua cara menggunakan akal, iaitu:
1. Menggunakan akal
berdasarkan pemikiran khurafat, tahyul, karut marut dan tidak berfikir dengan
waras. Cara berfikir jenis ini yang ditolak oleh Islam. Salah satu cara
pemikiran jenis ini adalah dengan bertemu tukang ramal sebagaimana yang
disebutkan dalam hadis berikut:
Sabda Rasulullah saw:
عَنْ صَفِيَّةَ، عَنْ بَعْضِ
أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ
أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْءٍ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلَاةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً
أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْءٍ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلَاةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً
Maksudnya:
Daripada
Sofiah ra, daripada sebahagian isteri-isteri Rasulullah saw, daripada
Rasulullah saw telah berkata: Sesiapa yang mendatangi tukang ramal dan bertanya
tentang sesuatu, maka tidak diterima baginya solatnya selama 40 malam.
(Hadis riwayat Muslim. No Hadis 125)
Selain itu, segala perkara yang berlaku dalam kehidupan dan
alam ini seperti bulan yang mengelilingi bumi, gerhana matahari, tsunami dan
sebagainya tidak dilihat dari aspek kebenaran tetapi menyandarkan kepada
fenomena biasa bagi alam semula jadi. Pancaindera yang dikurniakan oleh Allah
swt kepada mereka seperti mata, telinga dan hati tidak digunakan sebaiknya
untuk menilai kejadian alam dari aspek kebenaran.
2. Cara yang kedua pula adalah
cara yang disarankan oleh Islam, iaitu berfikir dengan bersandarkan bukti dan
akal yang waras. Kita disuruh melakukan pemerhatian terhadap benda-benda yang
dapat dicapai oleh pancaindera dengan menggunakan nikmat mendengar, melihat dan
berfikir yang dianugerahkan kepada kita. Telinga, mata dan hati adalah alat
penting bagi memperolehi ilmu pengetahuan. Allah swt mengatakan:
وَاللَّهُ أَخْرَجَكُمْ مِنْ
بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لَا تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ
وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ
تَشْكُرُونَ (78)
Maksudnya:
dan
Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu Dengan keadaan tidak mengetahui
sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta
hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
Oleh sebab itulah manusia
perlu menggunakan pendengaran, kerana ia asas bagi menyampaikan maklumat sesama
manusia. Penglihatan pula digunakan bagi melakukan pemerhatian dan eksperimen. Ini
kerana, ilmu-ilmu yang berkaitan dengan alam menggunakan kaedah ini. Hati,
iaitu akal digunakan oleh setiap orang yang waras pemikirannya bagi mencari
hasil daripada kajian yang dilakukan. Kerana itulah, Allah swt banyak menyebut
di dalam al-Qur`an dengan ungkapan seperti berikut:
أَفَلَا تَسْمَعُونَ (71)
Maksudnya:
Tidakkah kamu mendengar
أَفَلَا تُبْصِرُونَ (72)
Maksudnya:
Tidakkah kamu melihat
أَفَلَا تَعْقِلُونَ (44)
Maksudnya:
Tidakkah kamu beraqal
Beginilah cara orang-orang
yang beriman menggunakan akalnya dalam menilai kebenaran dari Allah swt.
Manakala bagi orang-orang yang tidak beriman pula, mereka tidak menggunakan
mata, telingan dan hati mereka bagi menilai kebenaran. Pancaindera mereka
seolah-olah sudah mati dan tidak berfungsi lagi dalam melihat bukti kebesaran Allah
swt. Kerana itulah Allah swt berfirman:
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ
كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لَا يَفْقَهُونَ بِهَا
وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَا يَسْمَعُونَ بِهَا
أُولَئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ (179)
Maksudnya:
dan janganlah Engkau mengikut
apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya
pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan
ditanya tentang apa Yang dilakukannya.
Justeru
itu, Allah swt memberi amaran kepada orang-orang yang tidak mahu menggunakan
akal dalam menilai sesuatu dan melarang hambanya mengikut sesuatu yang tidak
diketahuinya. Bahkan sepatutnya, akal dan pancaindera yang dianugerahkan oleh Allah
swt digunakan sebaik mungkin untuk menilai kebenaran[5] .
Perkara kelima: Isu semasa mengenai
penggunaan kalimah Allah dalam kitab selain al-Qur`an seperti Bible dan Taurat . Kenapa tidak wajar? (Nota Tayyarat Fikriyyah Mucasarah: Belum Siap)
والله أعلم
[1] الكتاب: المسند الصحيح المختصر بنقل
العدل عن العدل إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم,المؤلف: مسلم بن الحجاج
أبو الحسن القشيري النيسابوري (المتوفى: 261هـ),المحقق: محمد فؤاد عبد
الباقي, الناشر: دار إحياء التراث العربي - بيروت
[2] Muhammad cAli
al-Sabuni. 2001. Sofwatu al-Tafasir.Dar al-Fikr. Lubnan
[3]الكتاب: المنهاج شرح صحيح مسلم بن
الحجاج,
المؤلف: أبو زكريا محيي الدين يحيى بن
شرف النووي (المتوفى: 676هـ),الناشر: دار إحياء التراث
العربي – بيروت,الطبعة: الثانية، 1392
[4] الكتاب: المنهاج شرح صحيح مسلم بن
الحجاج, المؤلف: أبو زكريا محيي
الدين يحيى بن شرف النووي (المتوفى: 676هـ),الناشر: دار إحياء التراث
العربي – بيروت,الطبعة: الثانية، 1392
[5]الكتاب: فتاوى معاصرة من هدي الاسلام, المؤلف:دكتور يوسف القرضاوي),الناشر: دار القلم -كويت,الطبعة: الخامسة, 1410

No comments:
Post a Comment