"Bandingan kelebihan orang alim ke atas orang yang abid umpama bandingan kelebihan bintang purnama dimalam hari ke atas seluruh bintang di langit" (Hadis Hassan riwayat Abu Daud)


Friday, 11 December 2015

Kembara Doa 3 - Kenapa Malas Untuk Berdoa?


Jika kita kerap meminta-minta dan memohon sesuatu dari manusia, sampai satu ketika manusia akan rasa kurang senang bahkan mungkin boleh menyebabkan rasa marah kepada kita.  Namun maha penyayang dan maha kayanya Allah swt, dia membuka ruang seluas-luasnya kepada hamba-hambanya untuk berdoa dan meminta kepadaNya. Bahkan Allah swt marah pula kepada hambanya yang ego tidak mahu memohon kepadanya sepertimana sabda Rasulullah saw dalam riwayat al-Tirmidhi, Ibnu Majah dan Hakim:

عن أبي هريرة رضي الله عنه، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: من لم يسأل الله يغضب عليه

Maksudnya: Daripada Abi Hurairah ra, bahawa Nabi saw bersabda: Sesiapa yang tidak memohon
(doa) kepada Allah swt, maka Allah swt murka terhadapnya.

Lihatlah betapa Allah sayangkan kita, tidak jemu untuk mendengar dan memperkenankan permintaan hambanya. Jadi, apa alasan lagi yang mahu kita berikan untuk tidak memohon kepadanya?

Dari sudut lain pula, permohonan dan doa manusia terhadap Allah swt itu adalah sesuatu yang sangat mulia. Sabda Rasulullah saw di dalam riwayat al-Tirmidhi:

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم : " ليس شيء أكرم على الله من الدعاء

Maksudnya: Daripada Abi Hurairah ra, bahawa Nabi saw bersabda: Tidak ada sesuatu yang paling
mulia disisi Allah swt melainkan doa.

Jadi, apa tunggu lagi.. berdoalah !!

No comments:

Post a Comment